Asal Usul Keris Melayu

Keris adalah senjata yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lalu. Ia digunakan oleh para pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana. Ia juga menjadi alat istiadat dan kebesaran bagi raja-raja.

Kajian mendapati, keris berasal dari Kerajaan Majapahit yang berkuasa pada kurun ke 13. Setelah Kerajaan Majapahit jatuh, sebahagian dari pandai besi-pandai besinya berhijrah ke bahagian lain di Tanah Jawa, Kepulauan Sumatra, Kepulauan Sulawesi dan akhirnya ke Tanah Melayu. Keris berkembang sebagai senjata di Tanah Melayu sehinggalah apabila Tanah Melayu dijajah oleh British. Undang-undang British tidak membenarkan keris dipakai pada badan atau digunakan sebagai senjata dan ia hanya digunakan untuk tujuan adat istiadat sahaja.

Terdapat berbagai jenis keris, bagaimanapun Keris Melayu yang digunakan oleh orang Melayu adalah lazimnya bercirikan jenis keris Majapahit iaitu keris yang asal, berhulukan Jawa Demam dan sampir berbentuk sampan.

Bahagian - Bahagian Keris

Bahagian - Bahagian Keris